Penciptaan dan penggunaan awal Gauleiter

Insignia awal Parti Nazi dari tahun 1930, menunjukkan lencana pertama pangkat untuk Gauleiter (kiri tengah, latarbelakang merah).

Penggunaan pertama istilah Gauleiter oleh Parti Nazi bermula pada tahun 1925 selepas Adolf Hitler menubuhkan semula parti Nazi selepas kegagalan Beer Hall Putsch. Perkataan ini berasal daripada bahasa Jerman Leiter (bermaksud pemimpin) dan Gau, yang merupakan satu perkataan lama untuk maksud negeri di Reich Jerman. Istilah asal Gau juga boleh dikesan dari perkataan Frank Gaugraf, diterjemah kepada perkataan Inggeris "shire (kaunti)". Gau adalah salah satu dari banyak perkataan kuno daripada sejarah zaman pertengahan Jerman yang dihidupkan semula oleh pihak Nazi untuk tujuan mereka sendiri.[perlu rujukan]

Pada hari-hari terawal kewujudan istilah ini, Gauleiter adalah ketua daerah pilihanraya untuk satu tempoh masa apabila pihak Nazi sedang cuba mendapatkan wakil politik didalam Republik Weimar. Gauleiter menyelia beberapa politische Leiter (pemimpin politik) yang membantu pihak Nazi dengan kempen pilihanraya dan menjadi tuan rumah pemimpin kanan Nazi (seperti Hitler) ketika sedang berkempen.[perlu rujukan]

Pada tahun 1928, seorang pegawai peringkat pertengahan dikenali sebagai Kreisleiter telah diperkenalkan sebagai perantara diantara Gauleiter dan Pemimpin Politik. Pada tahun 1930, sewaktu pihak Nazi cuba disusun pada peringkat kebangsaan, Gauleiter telah diletakkan dibawah seorang pegawai baru yang dikenali sebagai Landesinspektor, yang bertanggungjawab bagi semua Gau Nazi di negeri Jerman tertentu. Juga pada masa ini satu pakaian seragam standard politik telah dicipta untuk Gauleiter, yang berupa baju warna perang Parti Nazi dan bar kolar bergaya Tentera Darat berserta kord bahu berpintal (epaulet).[perlu rujukan]